Gambar: @rashidismailrashidismail

(Video) Lalu ‘Roadblock’ Nak Hantar Borang Nikah, Abang Polis Bagi Nasihat ‘Padu’ Tentang Perkahwinan

Aqmal Ezany

Satu video yang memaparkan anggota polis memberi sedikit nasihat kepada seorang lelaki di Sekatan Jalan Raya (SJR) telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @rashidismailrashidismail.

Menurutnya seperti yang tertulis pada kapsyen video tersebut, pada ketika itu dia sedang dalam perjalanan untuk menghantar borang nikah.

Ketika dalam perjalanannya itu, dia telah melalui satu sekatan jalan raya (SJR).

Semasa dia sedang melalui SJR tersebut, anggota polis yang bertugas pada ketika itu telah bertindak memberikan sedikit ‘ceramah’ kepada lelaki tersebut berkenaan soal perkahwinan.

Dapat didengari bahawa anggota polis tersebut memberikan nasihat kepada lelaki berkenaan mengenai sifat sabar yang perlu ada selepas berumah tangga, ego lelaki, rezeki menjaga isteri serta menyuruhnya mengamalkan solat dhuha.

Sikap ‘sporting’ dan spontan yang ditunjukkan oleh anggota polis tersebut telah membuatkan video itu menjadi tular.

Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 700 ribu kali. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan respect terhadap nasihat yang dikatakan polis tersebut.

Sumber: @rashidismailrashidismail