Menjelang ke gerbang pernikahan pastinya pelbagai keunikan yang ditonjolkan oleh pengantin untuk mencipta memori mereka. Ada yang memakai pakaian tradisional dan ada juga yang memakai baju bertemakan moden untuk dipakai pada hari bahagia mereka.
Lain pula halnya dengan satu pasangan daripada negara jiran kita ini apabila perarakan kostum berupa ‘monster’ semasa mengiring pengantin.
Memunggah satu video yang diviralkan di akaun TikTok sanggarriasmehrunisa, ada satu kelainan di mana terdapat beberapa orang memakai kostum raksasa yang menakutkan terlihat di dalam video itu untuk mengiring pengantin.
Gambar : TikTok sanggarriasmehrunisaDalam video tersebut, dapat dilihat beberapa orang yang sedang bercosplay menggunakan kostum raksasa sudah bersedia untuk berdiri di kedua-dua belah jalan.
Salah seorang daripada mereka turut menyalakan suar asap kuning sebelum rombongan pengantin lelaki berjalan menghampiri pengantin perempuan.
Walaupun memakai kostum yang mengerikan, perarakan raksasa ini berjaya membuatkan tetamu tertarik dan ingin tahu.
Malah, tidak sedikit yang mengambil gambar perarakan raksasa itu untuk meminta foto bersama.
Gambar : TikTok sanggarriasmehrunisaWalaupun perarakan raksasa itu berjaya menarik perhatian tetamu, ada juga netizen yang takut melihatnya.
Sumber : Suara.com