Gambar: TikTok Boss Adrian

(Video) “Lain Kali Boleh Check Dulu Sebelum Send” Ikuti Cara Mudah Ini Untuk Dengar ‘Voice Message’ Sebelum Hantar

Nadhirah

Ramai gemar menggunakan voice message lagi-lagi kalau tengah makan. Mana taknya nak makan lagi nak taip mesej lagi, jadi mestilah pilihan voice message adalah yang terbaik untuk individu balas WhatsApp kan?

Tapi, bila dah hantar voice message ni kadang-kadang kita risau kita tersalah hantar pesanan suara kan?

Tetapi korang jangan bimbang, kerana Boss Adrian ada jalan penyelesaianya.

Menerusi perkongsian video daripada akaun TikTok Boss Adrian, dia berkongsikan cara bagaimana kita boleh dengar pesanan suara kita terlebih dahulu.

Sekarang dah tak ada masalah untuk korang rasa voice message korang tu okay ke tak, sebab kita dah boleh dengar dulu sebelum hantar.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, boleh tengok perkongsian video di bawah:

Sumber: TikTok Boss Adrian