Utama

Sumber: Twitter Regix

(Video) Kumpulan Gajah Berarak, Ibu Usung Bangkai Anak Buat Hati Netizen Menangis

Edayu

Tular satu video di media sosial menunjukkan seekor ibu gajah mengusung bangkai anaknya disertai oleh beberapa ekor gajah yang lain.

Berdasarkan video tersebut, seolah-olah haiwan ini seperti manusia yang meratapi saat kematian orang tersayang.

Difahamkan dalam video ini, ibu gajah membawa anaknya yang mati sebagai bentuk perarakan di belakangnya. Emosi ibu gajah ini dapat dirasai semua.

Seperti mana kita tahu, haiwan juga mempunyai perasaan seperti manusia cuma sebagai umat manusia kita diberi kelebihan dengan akal. Hubungan ikatan kekeluargaan gajah sangatlah tinggi.\

Sumber: Vegix