Kejadian letusan Gunung Berapi Semeru pada Sabtu lalu menyaksikan puluhan penduduk telah terkorban dek kerana debu atau abu panas yang ‘menenggelami’ kawasan sekitar.
Namun, kejadian itu juga sebenarnya turut memberi kesan kepada hidupan lain seperti kucing yang bagaikan tiada arah tuju selepas semua kawasan dilitupi dengan dabu atau asap panas.
Baru-baru ini seekor kucing dilaporkan telah ditemui berada di kawasan lumpur yang panas. Mujurlah ia berada dalam keadaan baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Oke News, video yang dimnuatnaik oleh pengguna TikTok itu menunjukkan kucing putih itu duduk seorang diri di dalam lumpur yang panas dan mungkin sedang menunggu seseorang untuk datang menyelamatkannua,
“Kucing itu masih hidup di atas rumah pemilik yang rumahnya ditenggelami lumpur panas,” tulis kapsyen di video tersebut.
Ia juga kelihatan takut dan bulunya yang berwarna putih kelihatan sedikit kotor.
Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyelamatkan si bulus itu.
Sumber: Oke News