Menerusi perkongsian video di laman TikTok Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, beliau ada berkongsikan beberapa kelonggaran standard operating procedure (SOP) yang dijalankan bermula Mac 2022.
Kelonggaran tersebut adalah seperti berikut.
1. Kontak Rapat Tidak Bergejala
Bagi mereka yang mempunyai status mysejahtera kontak rapat tetapi tidak mengalami sebarang simptom atau mana-mana gejala dan telah menerima dos penggalak, mereka tidak perlu untuk kuarantin diri.
Tetapi perlu diingatkan, sekirannya ada mempunyai sebarang simptom atau gejala, terus asingkan diri dan lakukan ujian kendiri jika bergejala.
2. Contact Casual melalui mysejahtera
Status risiko anda melalui mysejahtera tidak lagi berwarna kuning dan tiada perubahan status risiko. Apa yang anda akan dapat hanyalah notifikasi menerusi aplikasi MySj yang memberitahu anda bahawa anda merupakan contact casual.
Ingat, notifikasi sahaja yang anda akan dapat, status tidak lagi berubah.
3. Tiada lagi ujian Covid-19 harian bagi pengembara yang tiba di Malaysia
Pengembara dari luar negara yang tiba ke Malaysia yang tiba ke tanah air melalui Vaccinated Travel Lane dari Singapura atau Langkawi International Travel Bubble juga kepada pengembara business yang datang melalui One Stop Centre.
Mereka tidak lagi perlu menjalani ujian Covid-19 yang sebelum ini dijalankan secara harian selama tempoh lima atau enam hari.
Berbeza pula dengan mereka yang datang daripada United Kingdom, mereka tidak perlu menjalani ujian Covid-19 secara harian tetapi mereka wajib menjalani ujian PCR sebelum berlepas dan apabila tiba di Malaysia.
4. Bulan Mac adalah bulan terakhir penerima vaksin Sinovac dan warga emas untuk mengambil dos penggalak
Bermula 1 April 2022 status lengkap vaksinasi kepada mereka hanya akan ada selepas mereka mendapatkan vaksin booster.
5. Boleh Walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV)Mega di Lembah Klang untuk vaksin kanak-kanak
Kanak-kanak berusia lima hingga sebelas tahun kini boleh walk in di mana-mana pusat pemberian vaksin seperti Axiata Arena, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam atau di World Trade Centre Kuala Lumpur
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Perlu Ambil Tahu, Ini Perbezaan Kontak Rapat Dengan Kontak Kasual
Sumber: TikTok Khairy Jamaluddin