
Takdir Tuhan menemukan setiap pasangan dalam pelbagai cara. Siapa menyangka, perkenalan sebagai rakan bermain menerusi PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) membawa pasangan ini ke jinjang pelamin.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Putri Alia Shahhiza di aplikasi Tiktok miliknya, dia memaparkan semula momen indah bersama suami ketika bermain PUBG, sebelum video diakhiri dengan pasangan tersebut sah bergelar suami isteri.
Video tersebut sehingga kini meraih hampir 500,000 tontonan, 54,000 tanda suka dan 1,400 komen oleh warganet yang teruja akan perkenalana mereka.
Malah, lebih menghiburkan sebilangan warganet turut mengakui mereka juga menemui pasangan di dalam PUBG dan berakhir dengan ikatan perkahwinan.
Mungkin mereka yang single di luar sana boleh cuba bermain PUBG sekarang, mana lah tahu jodoh korang sesat di dalam game!



Sumber: TikTok Putri Alia Shahhiza