Peninju seni pertahan diri MMA dari Russia, Khabib Normagomedov menegaskan bahawa penampilan ‘gadis pengiring oktagon’ atau ‘ring girl’ dalam sesebuah perlawanan adalah tidak perlu.
Khabib yang terkenal dengan nama jolokan ‘The Eagle’ itu berkata, penampilan gadis-gadis yang mengelilingi oktagon gelanggang pada setiap kali pusingan perlawanan itu dikatakan sudah lapuk.
Malah jelasnya, tradisi lama MMA ini perlu diubah dan apa yang berlaku sebelum ini perlu dijadikan pengajaran.
“Lihatlah, saya tak nak menyinggung perasaan sesiapa. Wanita pengiring adalah individu yang tak berguna dalam seni pertahanan diri (dalam perlawanan). Apa fungsi mereka?
“Saya ada soalan. Kamu boleh melihat mereka pada pusingan kedua. Saya tahu, benda ni dah lepas. Benda dah lepas ni banyak salahnya. (Jadi) kita kena belajar dari kesilapan lepas supaya tak mengulanginya lagi pada masa akan datang.
“Kalau kita tengok balik sebelum-sebelum ni, memang betul mereka ni tiada fungsi. Ni pendapat sayalah,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Dalam pada itu, Khabib turut memberi analogi situasi sebenar apabila dia bersama ayahnya berada di gelanggang pada satu-satu perlawanan dan ‘terpaksa’ berhadapan dengan situasi tersebut.
Gambar hiasan | Google“Sebagai contoh, saya duduk dengan ayah saya. Setiap orang kan ada pilihan, budaya dan nilainya. Jadi saya datang untuk berlawan, duduk dengan ayah saya.
“Yang gadis-gadis ini muncul dan menampilkan diri pada pusingan kedua. Tapi tiada siapa pun yang tengok pada papan nombor pusingan perlawanan tu.
“Saya dengan ayah saya rasa sangat tak selesa. Saya tak membantahnya (tradisi itu). Kalau kamu nak buat, buatlah tapi jangan tunjuk (diri) depan saya. Tunjuk ke arah lain.
“Tempat tu (oktagon gelanggang) dah direka untuk membuat pengumuman pusingan. Saya rasa kita tak boleh ‘campurkan’ semuanya. Ini pendapat peribadi saya,” tegasnya.
Sumber: MMA News