Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang, apatah lagi rumah berkenaan dibeli menggunakan duit usaha keras selama ini. Bak kata pepatah ‘rumahku syurgaku’, tinggal di rumah sendiri dan tidak perlu lagi menyewa rumah adalah satu kepuasan yang tidak ternilai.
Namun sebelum memasuki rumah baharu, banyak perkara yang kita perlu pertimbangkan. Ya, tidak semua orang bernasib baik menerima rumah yang tiada masalah. Mungkin ada juga rumah yang dibina dalam keadaan tidak memuaskan.
Jadi, sebagai pembeli atau bakal memilik rumah sendiri. Korang perlu tahu beberapa perkara wajib selepas mendapat kunci rumah tersebut. Ini yang korang perlu buat seperti yang disenaraikan oleh M, Ikhwan Yusoff menerusi laman Tiktoknya.
Inilah 7 perkara wajib selepas dapat kunci rumah baru
Stanby ‘masking tape’ untuk tandakan defect
Check pintu dan tingkap (buka berulang kali)
Ketuk setiap mozek untuk pastikan simen atau kosong
Pastikan semua suis dan peralatan paip yang cukup
Buka semua air paip untuk pastikan tiada kebocoran
Periksa dinding yang retak
Jangan lupa kunci semua untuk keselamatan
Sumber: M.Ikhwan Yusoff