air fryer

(Video) Kesan Makanan Terus Hilang, Ini Cara Mudah Dan Cepat Nak Cuci Air Fryer

Sofea

Air fryer merupakan salah satu kelengkapan elektronik yang kini menjadi pilihan ramai untuk memasak pelbagai jenis makanan. Teknologi udara panas pada air fryer membolehkan pengguna untuk mengelak dari menggoreng makanan dengan menggunakan minyak masak.

Justeru, ia dikatakan boleh membantu pengguna untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Alatan itu juga mempunyai pelbagai fungsi iaitu selain untuk menggoreng, pengguna juga boleh memanggang pelbagai jenis makanan dan ia hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk masak sepenuhnya.

Bagaimanapun, kadang kala makanan yang dimasak meninggalkan kesan yang agak sukar untuk dicuci seperti ayam atau daging yang diperap.

Jangan risau, sebenarnya ada cara yang sangat mudah dan cepat untuk menghilangkan kesan makanan tersebut. Hanya dengan beberapa langkah, korang akan mendapatkan hasil yang memuaskan.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok, @aaliyahxalexus, korang hanya perlu menuangkan sedikit sabun bersama air panas ke dalam air fryer tersebut.

Kemudian, ‘masak’ kedua-dua bahan tersebut selama tiga minit. Bila dah siap, air fryer tersebut akan kelihatan lebih bersih. Selamat mencuba!

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 9.5 juta kali.

Sumber: aaliyahxalexus