(Video) Kereta Masuk Gaung, Didakwa Terbabas Selepas Brek Di Atas Garisan Kuning Licin Akibat Hujan

Aqmal Ezany

Kemalangan sememangnya suatu perkara yang sukar untuk dielakkan selepas semua langkah-langkah keselamatan telah diambil dan dipraktikkan.

Satu video yang tersebar di Internet memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang didakwa terbabas selepas memandu secara laju di atas garisan kuning menjadi tular di media sosial.

Video rakaman dashcam yang berdurasi selama 47 saat itu sudah cukup untuk menyedarkan kita akan risiko yang bakal menimpa kita sekiranya kita memandu laju ketika hujan.

Seperti yang kita ketahui, hujan akan menyebabkan permukaan jalan menjadi licin dan menyukarkan tayar untuk mencekam jalan ketika dibrek.

Walaupun kereta anda mempunyai sistem brake yang moden dan canggih sekali pun, ianya tidak dapat menjamin keselamatan anda sekiranya berlaku kemalangan.

Juesteru daripada itu, memandu lah secara berhati-hati dan patuh akan peraturan jalan raya supaya kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anda.

Sumber: ARJ STUDIO