Sebuah kereta api pengangkut barang dilaporkan telah tergelincir di Tempe, Arizona sehingga mencetuskan kebakaran besar, lapor Daily Mail.
Gambar-gambar yang dirakam dari tempat kejadian juga menunjukkan sebahagian jambatan Tempe Beach Park telah runtuh.
Gambar Via Daily MailMenerusi ciapan yang dimuatnaik oleh polis Tempe, pasukan polis dan bomba berada di tempat kejadian tersebut yang menyaksikan berlakunya kebakaran besar. Beberapa jalan juga dihalang untuk dimasuki iaitu berhampiran Tasik Bandar Tempe dan sebelah barat pusat bandar Tempe.
Gambar Via Tempe PoliceKejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan itu juga menyaksikan kayu dan beberapa serpihan dapat dilihat di dalam air.
Gambar Via Tempe Police
Gambar Via Daily MailWalau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada berlaku sebarang kecederaan atau tidak.
Sumber: Daily Mail