Kerana terlalu rindukan ibunya, seorang pemuda dikatakan sanggup menggali semula kubur dan membawa pulang jenazah ibunya yang baru saja dikebumikan 40 hari lalu di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur.
Pemuda tersebut telah mengusung jenazah ibunya di dalam guni dan dibawa pulang ke rumahnya selama dua hari, namun setelah dipujuk oleh kakaknya, pemuda tersebut membawa jenazah ibunya semula ketanah perkuburan.
Menurut penduduk disitu yang dikenali sebagai amain, mereka tidak menyedari kejadian itu kerana lokasi kubur yang terletak jauh di dalam hutan.
Menerusi laporan yang dilaporkan oleh Tribun news.com, pemuda tersebut telah mengalami tekanan jiwa selepas kematian ibunya.
Sumber: tribunnews.com