Putrajaya, 15 April – Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama ini.
“Saya mewakili kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat yang patuh pada arahan PKP,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kita juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada jururawat, doktor, kakitangan hospital, PDRM, tentera, RELA, bomba, Jabatan Penjara, petugas media dan semua pihak yang tidak dapat disebutkan satu-persatu yang selama ini membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19 ini.
“Begitu juga petugas belakang tabir termasuk pekerja pembersihan. Tanpa mereka, kita boleh bayangkan keadaan di sekeliling kita,” katanya.
Sumber: RTM