Kuala Lumpur, 27 Feb – Kerajaan mengumumkan pemberian baucer bernilai RM100 seorang bagi pelancongan domestik.
Hal ini bagi merangsang permintaan dalam industri pelancongan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara sejak penularan wabak COVID-19.
“Bagi membantu aliran tunai dan mengurangkan kos perniagaan bagi syarikat yang terjejas oleh COVID-19, kerajaan mencadangkan bagi tempoh 6 bulan mulai April hingga Septermber 2020 tindakan seperti berikut akan diambil,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media hari ini.
Sumber: Bernama, Awani