Gambar: Bernama

(Video) Kenderaan Dipercayai Bawa Ismail Sabri Keluar Dari Kawasan Kediaman Perdana Menteri Tadi

Amira

Kenderaan dipercayai membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 12.35 tengah hari tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan Bernama di laman Twitter sebentar tadi.

Dalam perkembangan yang sama, kenderaan dengan plat menteri juga dilihat keluar dari kawasan perumahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12.45 tengah hari tadi.

Dalam perkembangan yang lain pula, semalam Datuk Seri Ismail Sabri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta merta. Walau bagaimanapun, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan itu dikatakan untuk membantu Perdana Menteri untuk menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa kini.

Sumber: Bernama