
Zaman sekarang ni, internet dah jadi semacam keperluan bagi setiap isi rumah. Maka ramailah yang pasang Wi-Fi kat rumah untuk sambungan internet yang lebih stabil.
Mungkin korang pernah dengar yang Wi-Fi ni ada yang 5.0 GHz dan 2.4 GHz. Tapi apa beza kedua-dua jenis Wi-Fi ni? Lagi banyak Gigahertz lagi laju ke?
Menjawab persoalan ini, pengguna TikTok yang dikenali sebagai Mas Faiz Hakim mengunggah sebuah video menerangkan apa beza dua jenis Wi-Fi ni dan macam mana nak dapatkan sambungan Wi-Fi yang laju.
Frekuensi tinggi, wavelength rendah
Wi-Fi tak boleh travel jauh
Kalau posisi dekat dengan Wi-Fi sebaiknya pakai jenis 5.0 GHz
Frekuensi rendah, wavelength tinggi
Wi-Fi boleh travel jauh
Kalau posisi jauh dengan Wi-Fi sebaiknya pakai jenis 2.4 GHz
Kesimpulannya, nak dapat Wi-Fi laju tak semestinya kena guna yang frekuensi tinggi, tapi korang kena pilih antara dua jenis ni mengikut posisi korang dengan Wi-Fi korang.
Sumber: Mas Faiz Hakim