
Tragedi kepala air di puncak Gunung Jerai mencetuskan perbualan hangat dalam masyarakat di Malaysia. Pelbagai video yang dirakam dan dimuatnaik di media sosial tentang kejadian yang dianggap ‘misteri’ dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut.
Akibat kejadian tersebut, banyak mangsa yang mengalami cedera dan ada yang menjadi korban dalam tragedi tersebut.
Sebenarnya bukan mudah untuk para anggota Bomba dan Penyelamat membantu mencari mangsa yang terkorban dari kejadian tersebut. Pelbagai rintangan pasukan ini terpaksa hadapi kerana kebanyakan kawasan dipenuhi dengan lumpur yang tebal.
Menerusi perkongsian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkongsi sedikit sebanyak sedutan Ops Mencari dan Menyelamat di Kuala Sungai Udang, Yan yang turut terkena tempias banjir teruk baru-baru ini.
Difahamkan, rakaman video ini menunjukkan sepasukan Bomba sedang menarik mangsa yang maut dalam situasi yang mencabar ini.