Pasti semua tahu, labah-labah menjadikan sarangnya sebagai tempat untuk memerangkap mangsa-mangsa untuk dijadikan ‘bekalan’ makanan.
Kebiasaannya labah-labah akan memilih tempat tertentu untuk membuat sarangnya seperti di dahan pokok, kayu, celahan dinding, daun dan sebagainya.
Bentuk sarangnya pula seakan hexagon, dibina menggunakan benang sutera yang dihasilkan. Prosesnya pula memakan masa yang tidak terlalu lama.
Pernahkah anda lihat macam mana labah-labah membina sarangnya? Laman Twitter The Dark Side of Nature ada berkongsi video tentangnya.
Mari ikuti video ini dan anda akan kagum dengan ‘ketelitian’ makhluk kecil ini.
Sumber: The Dark Side of Nature