Tular baru-baru ini apabila sebuah rakaman mengejutkan yang menunjukkan pesawat hampir terbalik ketika juruterbang cuba mendarat di lapangan terbang Heathrow, lapor India Express.
Menerusi video tersebut, pesawat British Airways tersebut hampir mendarat ketika tayar hampir mencecah tanah. Namun, sebuah kejadian hampir berlaku apabila angin kuat mula menghayunkan pesawat ke arah kiri.
Walau bagaimanapun, pesawat tersebut berjaya menstabilkannya dan selamat berlepas semula.
Berdasarkan laporan, penerbangan itu akan ke London pada hari isnin selepas berlepas dari Aberdeen.
Untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku, juruterbang dipercayai melakukan pendekatan ‘sentuh dan pergi’ di mana pesawat tersebut dapat berlepas semula dari landasan tanpa mendarat dan akan membuat percubaan kedua untuk mendarat.
Menurut Stephen Flynn, ahli parlimen Aberdeen South, berkongsi pengalamannya di laman ciapannya ketika terlibat dalam penerbangan tersebut.
Didakwa kelajuan angin kencang mencecah sehingga 92mph disebabkan oleh Ribut Corrie yag telah menyebabkan berlakunya beberapa kematian, bekalan elektrik terputus dan pembatalan beribu-ribu penerbangan dan kereta api.
Sumber : India Express