
Kebakaran hutan di Australia telah menggemparkan bukan sahaja bagi penduduk tempatan, malah meliputi komuniti di dunia. Apa tidaknya, terdapat banyak dicatatkan kematian terutamanya kepada haiwan-haiwan yang terperangkap.
Kebakaran besar itu telah mengorbankan hampir separuh bilion haiwan yang meliputi sekitar 8000 ribu beruang koala. Apa tidaknya, beruang koala banyak terkorban kerana pergerakan mereka yang perlahan dan menyukarkan untuk keluar daripada kawasan kebakaran itu.
Kebakaran di Australia ini adalah meliputi 15 juta ekar tanah dan telah merebak dengan pantas. Bagi tahap kebakaran, ianya melebihi tujuh kali ganda berbanding kebakaran di Amazon pada 2019 dan tiga kali ganda dari kebakaran California 2018.
Kebakaran yang meliputi kawasan yang besar ini telah menyebabkan berlaku perubahan climate cuaca yang semakin teruk. Dari segi pemandangan, hutan ini yang dahulunya dihiasi dengan kehijaun daun kini kering kemerahan dijamah api.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Dr Waleed Hakeem telah berkongsikan gambar perbezaan pantai Australia yang diumpamakan sebagai ‘syurga’ dan ‘neraka’.
Tambahnya melalui perkongsian itu, tiada apa yang boleh menghentikan kebakaran tersebut kecuali hujan rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT. Ianya juga mengingatkan kepada umat Islam mengenai kebesaranNya.
Sumber: Earth / Dr Waleed Hakeem