Pelumba basikal trek negara yang bertanding di dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 dilaporkan berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Kayuhan bertenaga Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya melayakkan diri mereka ke pusingan pertama (1/32) acara pecut lelaki yang berlangsung di Izu Veletrom, Shizuoka hari ini.
The Pocket Rocket Man berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas menamatkan kayuhan bertenaga dengan catatan masa 9.626 saat.
Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula berjaya mencatat 9.700 sekali gus meletakkan dirinya dalam 24 pelumba yang layak ke peringkat seterusnya.
Sumber: Bernama TV