Pengorbanan ibu bapa buat anak-anak sememangnya tiada galang gantinya. Apatah lagi jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menghadapi sakit yang kronik.
Sama dengan seorang bapa di China yang sanggup mendermakan sumsum buat anak perempuannya yang menghidap leukaemia sebanyak dua kali bagi melihat anaknya itu kembali pulih.
Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh South China Morning Post, gadis yang dikenali sebagai Qiqi itu disahkan menghidap leukaemia pada tahun 2018 iaitu selepas dia bergraduasi dan selangkah ke alam pekerjaan.
Pun begitu, dia mula sedar dan kini sentiasa positif dalam berjuang merawat penyakitnya itu.
Rawatan dan ubat yang diterimanya juga sememangnya sangat perit untuk dihadapi sehingga menyebabkan berlaku beberapa kesan sampingan seperti membuatkan tubuhnya lemah, kehilangan rambut dan berhalusinasi.
Setahun selepas menjalani pembedahan pemindahan tulang sumsum, kesakitan kembali semula.
Kali kedua bapanya mendermakan tulang sumsum, dia bertegas untuk mendermakan lebih dari yang diperlukan oleh doktor.
Ibu bapa Qiqi terpaksa berhenti kerja demi memastikannya gembira dan boleh makan dengan sihat.
Keluarga itu membelanjakan lebih dari 2 juta yuan bagi rawatan selama dua tahun. Mereka terpaksa menjual tempat tinggal dan meminjam wang dari rakan-rakan serta saudara mara.
Sumber: South China Morning Post