Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan keperitan yang dilalui oleh seorang gadis yang menjaga ibunya, yang terlantar koma sejak dua tahun lalu.
Gadis tabah, Nur Farah Shakylla, anak ke 4 dari 9 beradik, sanggup meninggalkan kerjaya di sebuah firma swasta di Kuala Lumpur demi memberi tumpuan sepenuhnya pada ibu tersayang di Kampung Simpul Berlubang, Machang, Kelantan.
Menurut Farah, ibunya, Noraini Abu Seman, 59 tahun, terbabas ketika menaiki motosikal seorang diri di kampung, sebaik pulang dari sebuah bank untuk membuat transaksi kepada salah seorang adiknya yang belajar disebuah kolej.
Kata doktor, sewaktu menunggang motosikal ibunya berkemungkinan mengalami pitam berpunca akibat penyakit darah tinggi.
Semenjak itu, ibunya hanya terlantar koma dan bergantung dengan susu khas jenama Appeton untuk hidup. Mereka terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi mencecah RM1200 diperlukan sebulan untuk keperluan susu sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah..
Tonton video ini :
Sumber: RKDN