Kredit: Jenan Moussa

(Video) Kasih Ayah, Lelaki Sanggup Terjun & Peluk Anak Terjatuh Di Landasan Kereta Api Dari Digilis

Amira

Kasih seorang ayah tiada penghujungnya. Biarpun terpaksa menggadai nyawa sendiri, seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya.

Dalam satu video perkongsian wartawan Timur Tengah, Jenan Moussa, seorang ayah bertindak memeluk anaknya didakwa bagi melindungi si anak yang terjatuh ke landasan keretapi.

“Seorang perempuan jatuh ke atas landasan keretapi di Mesir. Ayahnya melompat ke belakangnya, memeluk dan melindungi tubuh kecilnya sehingga keretapi berlalu,” tulis Jenan.

Detik itu turut membuatkan warga maya cemas menyaksikannya.

Mereka mungkin ditarik ke dalam jika ada sesuatu yang tersangkut

Dia melindungi anaknya dari bergerak. Memang mudah untuk mereka panik dan bergerak secara berbahaya

Minit terpanjang hidup mereka

Sementara itu, ramai yang memuji tindakan berani lelaki terbabit dan menganggapnya sebagai wira.

Super Baba

Bila ayah menjadi ayah yang sebenar, ia sesuatu yang indah. Kasih sayang ini penuh pengorbanan dan jarang dilihat.

Lengan lelaki dicipta untuk melindungi mereka yang lemah

Kasih sayang ayah setara dengan ibu

Sumber: Jenan Moussa