Dalam satu kejadian bertarikh 3 November 2021 yang berlaku di lebuhraya Puchong menuju Putrajaya, dua orang yang menaiki motosikal nyaris digilis lori tangki minyak apabila kanvas yang menutup muatan sebuah lori yang lain terbang dan menimpa penunggang motosikal tersebut.
Video yang dimuatnaik di laman TikTok Selangor TV itu mendapat lebih 15,000 reaksi orang awam. Selepas kanvas itu menimpa penunggang motosikal, mereka hilang kawalan dan nyaris digilis lori tangki minyak yang ada bersebelahan dengan mereka.
Video ini dirakam oleh ‘dashcam’ sebuah kereta yang berada di belakang motosikal tersebut. Ramai juga yang memuji tindakan pemandu lori tangki minyak Petronas itu kerana terus memberhentikan kenderaannya selepas kejadian berlaku walaupun bukan salahnya.
Boleh tonton video yang dibawah:
Sumber: Selangor TV