“Hey wassup guys..ok jom kita start,”. Bila baca je ayat ni, automatik boleh tahu pemilik suara dan ‘tagline’ keramat ni. Semestinya tak lain tak bukan, dialah chef ‘influencer’ terkenal di hati netizen, saudara Khairulaming.
Korang ingat lagi tak Khairulaming pernah ‘pecah rekod’ satu ketika dulu yang dia berjaya jual produk sambal air tangannya, iaitu Sambal Nyet sebanyak 10,000 botol dalam masa 54 minit je?
Ianya satu rekod yang agak ‘power’ jugalah. Sampai begitu sekali penangan Khairulaming yang berjaya menambat lidah dan hati ribuan peminatnya. Bukan mudah, figura masakan ini mengambil masa kira-kira empat tahun lamanya untuk sampai ke tahap sekarang.
Sekali lagi, Khairulaming menggemparkan netizen apabila dia berbesar hati berkongsi rekod jualan Sambal Nyet selama ia dipasarkan dalam pasaran tempatan sejak tiga bulan lalu.
Menariknya, apa yang buat netizen terpaku dan ‘ternganga’ adalah Khairulaming berjaya mencatat angka jualan sebanyak lebih RM1 JUTA hanya dalam tempoh tiga bulan saja.
Di samping berkongsi hasil ‘titik peluh’ memasak, mempromosi dan menjual Sambal Nyet di Twitternya hari ini, Khairulaming juga turut menyatakan intipati ‘post-mortem’ jualannya.
Taknak cakap banyak, jom kita baca semua ‘celotehnya’ dalam bebenang panjang di bawah ini. Ok jom kita start.
Korang boleh dapatkan Sambal Nyet Khairulaming di Shopee sekarang di SINI.
Sumber: Twitter Khairulaming