Setiap manusia dijadikan berpasangan, maka cepat atau lambat jodoh pasti akan berkunjung tiba. Tetapi, jodoh itu rahsia Tuhan, tiada siapa pun yang akan tahu mengenai bakal pasangannya kelak. Mungkin si dia merupakan seseorang yang paling tidak disangka-sangka.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di Indonesia mengenai kisah cinta antara pasangan suami isteri yang dahulunya hanyalah mempunyai hubungan seorang guru dan murid sahaja.
Memetik laporan portal Merdeka.com, video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok ini mendakwa bahawa seorang wanita telah berkahwin dengan gurunya sendiri.
Walaupun mereka mempunyai jarak usia sekitar 12 tahun, ia tidak menjadi halangan untuk menyatukan cinta mereka.
Dalam video yang dimuatnaik di TikTok, wanita tersebut berkongsi fotonya ketika dia masih menggunakan seragam merah putih.
Difahamkan, suaminya itu merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan mereka kali pertama bertemu ketika di sekolah dahulu.
Menurutnya, guru bahasa Inggerisnya itu ialah guru yang paling akrab dengan pelajar-pelajar.
Selamat tamat persekolahan pada tahun 2012, suaminya itu tetap setia menunggunya tanpa sebarang komunikasi. Jika ingin mengetahui khabar wanita itu, si guru akan bertanya kepada rakan-rakannya.
Wanita itu dahulu sering mengelakkan diri dari guru tersebut, namun berkat kegigihan dan kesetiaan guru lelaki tersebut, hati wanita itu menjadi luluh dan sejak itu mereka mula menjalinkan hubungan yang serius.
Mereka seterusnya berkahwin pada awal tahun 2018 dan kini sudah mempunyai cahaya mata bersama.
Sumber: Merdeka.com