Gambar: TikTok @mohdazmy1

(Video) “Jangan Kejar Tok…”, Lelaki Rakam Detik Cemas Dikejar Gajah Liar, Lari Lintang-Pukang

Eyla Azri

Gajah merupakan haiwan ‘gergasi’ dengan belalai panjang yang saiznya jauh lebih besar daripada manusia. Spesis gajah Asia yang mendiami habitat di Malaysia boleh membesar hingga ketinggian tiga meter dengan berat mencecah 5,000 kilogram. Maka tak hairanlah kalau ramai yang cuak bila nampak gajah berkeliaran di tempat tak sepatutnya.

Berita gajah liar masuk ke kawasan kediaman penduduk ni bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Bukan sahaja tanaman dan harta benda penduduk menjadi mangsa, malah ada juga tragedi kehilangan nyawa yang berlaku kerana serangan gajah liar. Namun, ia tak cuma berakhir di situ.

Semalam, gempar di media sosial, video yang menunjukkan seekor gajah besar masuk ke kawasan kampung di Johor, dipercayai terjadi di Kampung Lukot, Kota Tinggi. Video tersebut mendapat sorotan warga net apabila ditonton sebanyak 1.4 juta kali di TikTok.

Dalam video yang diunggah pengguna TikTok @mohdazmy1 ini, dapat dilihat seekor gajah besar menyusuri jalan raya ketika dirakam. Apabila gajah tersebut makin mendekat ke arah perakam dengan keadaan sedikit berlari, perakam mulai panik dan menjauhkan diri.

Walaupun begitu, gajah tersebut dilihat dalam keadaan tenang dan tak menyerang sesiapa.

Sumber: TikTok @mohdazmy1