Susulan kes pembunuhan tanpa niat Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini, bapa Allahyarham, Zulkarnain Idros tampil membuka bicara selepas mendengar keputusan mahkamah.
“Jangan jadi pembuli.. ia boleh hilangkan nyawa.
“Kesannya kepada kedua ibu bapa, seperti saya yang kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga,” kata Zulkarnain ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam sidang mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM yang telah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Allahyarham Zulfarhan.
Manakala 12 lagi tertuduh yang terbukti bersalah mencederakan arwah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.
Sumber: Bernama