Ibu dan bapa mesti nak lihat anak-anak mereka yang masih kecil pandai cakap kan? Ye lah, geram je kalau tengok anak kecil yang petah bercakap. Tetapi anak kita masih lagi bercakap menggunakan perkataan hujung-hujung je.
Tidak dinafikan perkembangan anak-anak sentiasa perlu diambil tahu oleh kedua ibu bapa. Tambah-tambah lagi bagi mereka yang baru menjadi mak ayah. Banyak perkara yang perlu dipelajari.
Jangan risau, menerusi laman Tiktok seorang pendidik awal kanak-kanak, Nurul Ain berkongsi tiga perkara yang perlu dielakkan oleh pasangan ibu bapa apabila bercakap dengan anak-anak semasa kecil.
Antaranya perkara yang dilarang adalah;
Sering kita menggunakan perkataan ‘mamam’ untuk ajak makan. Tidak pun menggunakan perkataan ‘cucu’ untuk susu. Sepatutnya ibu bapa menggunakan perkataan betul untuk anak kecil belajar.
Selain itu, ibu bapa juga sering bercakap separuh untuk anak teka perkataan hujung. Sebenarnya, ia perlu dielakkan untuk anak-anak ikut sepanjang membesar.
Tidak dinafikan sesetengah ibu bapa tidak memberi pilihan kepada anak-anak. Oleh sebab itu, mereka sering memberontak dengan menangis dan mengamuk.
Jadi, ibu bapa perlu elakkan tiga perkara penting ini untuk mengajar anak kita bercakap dengan betul sewaktu kanak-kanak.
Sumber: Ain