Pencarian yang dilakukan oleh anggota bomba selama hampir 20 minit untuk mengesan seorang mangsa kemalangan yang dipercayai lemas di sebuah tali air berakhir dengan insiden lucu apabila mengetahui bahawa individu berkenaan sebenarnya telah pulang ke rumah untuk menukar bajunya yang basah.
Detik cemas pencarian itu sempat dirakam oleh orang awam di Ladang Kelompang, Kuala Gula, Parit Buntar. Difahamkan, inidvidu terbabit berjaya menyelamatkan diri setelah kenderaan yang dipandunya terbabas masuk ke parit sedalam 1.5 meter itu.
Insiden itu mula tular petang tadi apabila salah seorang pengguna Facebook memuatnaik hantaran mengenai kejadian itu.
“Sebuah kereta terbabas ke dalam parit di Jalan Kuala Gula, Kuala Kurau pada petang ini. Pihak bomba jenuh mencari pemandu. Rupanya pemandu, seorang lelaki Cina, telah balik ke rumah untuk mandi dahulu sebelum pihak bomba tiba di lokasi.”
Gambar: Hishamuddin Ahmad Zaki
Gambar: Hishamuddin Ahmad Zaki
Gambar: Hishamuddin Ahmad ZakiKejadian mencuit hati itu disambut dengan pelbagai rekasi dan komen dari netizen.
Yang ni lawak, tak inform buat orang risau, buatlah laporan kalau ye pun

Serious la, tak tahu nak kesian ke nak gelak

Tak ketinggalan, ada juga individu yang berkongsi pengalamannya yang pernah mengalami situasi sebegini.
Dulu pernah ada lori masuk parit. Kami dan bomba siap guna backhoe korek. Rupanya kawan dia turun dulu dari lori pergi kedai makan

Aku kesian kat abam bomba tu kena selam pulak, suabas abam bomba

Sumber: Hishamuddin Ahmad Zaki