Putrajaya, 17 Mac – Individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan hukuman, kata Ketua Polis Negara dalam sidang media hari ini.
“Sebarang bentuk perlanggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa pada esok hari mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini ada beberapa kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan Akta 574 seperti berikut;
Seksyen 186 menghalang penjawat awam melakukan kerja kerja jawatannya
Seksyen 188 mengingkari perintah yang disiarkan penjawat awam
perbuatan cuai yang boleh menyebarkan kejangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa
mengingkari aturan kuarantin
Individu yang melanggar perintah berkenaan bakal berdepan hukuman denda atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama manakala penjara tidak lebih 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu tegas beliau, perintah tersebut bukan perintah berkurung yang menyekat orang ramai dari keluar rumah. Justeru, pembelian panik tidak sepatutnya berlaku, katanya.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara