Rupa boleh menipu! Pepatah ini sangat kena dengan seorang wanita yang berusia 22 tahun namun kelihatan seperti kanak-kanak 8 tahun. Disebabkan oleh itu, dia selalu di nilai oleh masyarakat sekeliling jika dia mengenakan solekan dan berpakaian seperti remaja 22 tahun.
Apa yang lebih menyedihkan adalah kerana bukan dia yang akan dimarahi tetapi ibunya yang akan ditegur kerana membenarkan ‘kanak-kanak’ bersolek, sedangkan dia sudah berumur 22 tahun.
Shauna Rae, mempunyai fizikal yang berbeza berbanding remaja lain seumurnya cuba untuk hidup secara normal sebaik mungkin. Ini termasuklah rasa mahu bersolek seperti remaja lain. Kerana, ianya tidak pelik bagi remaja wanita yang seumurnya mempunyai perasaan ingin kelihatan cantik dan kemas.
Namun melalui sebuah perkongsian di laman TikTok TLC, ibunya menerangkan bahawa apabila dia cuba untuk berlagak seperti remaja lain, orang akan memandangnya dengan pelik.
Akibat daripada apa yang mereka perlu lalui, Shauna sentiasa rasa serba salah dengan ibunya kerana terpaksa melalui semua tomahan itu.
Lebih teruk, orang-orang yang tidak pernah mengenali mereka itu memanggil ibunya seorang penipu apabila dia hanya cuba mempertahankan hak anaknya.
Sumber: @tlctv