(Video) Ibarat Dalam Filem Hollywood, Keadaan Harta Benda Penduduk Dilitupi Debu Gunung Berapi Semeru

Sofea

Kejadian letusan gunung berapi Semeru di Jawa Timur hari ini menyaksikan debu tebal telah bertebaran sehingga memberi kesan kepada penduduk di kawasan sekitar.

Dalam beberapa rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, rumah seorang penduduk telah ditenggelami oleh debu tebal sehingga sehingga kelihatan seperti lumpur berwarna hitam.

Manakala dalam satu rakaman lain, kenderaan penduduk yang berada di tepi jalan diselimuti dengan debu gunung berapi itu.

Gunung yang dianggarkan berketinggian 3,676 meter itu kembali aktif selepas kali terakhir meletus pada tahun lalu.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan puluhan penduduk telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat bagi mengelakkan segala kemungkinan.

Sumber: Twitter