Tenggiling atau nama saintifiknya Manis Javanica ini tergolong dalam kelas mamalia. Bertulang belakang, berdarah panas dan melahirkan anak serta mempunyai bulu pada badan.
Untuk pengetahuan anda terdapat 8 spesis tenggiling di dunia iaitu empat spesis di Arika dan empat lagi spesis di Asia. Lebih menarik tentang fakta haiwan ini, iai mempunyai lidah lebih panjang daripada badannya sendiri.
Tetapi, ada lagi yang menarik tentang haiwan ini mungkin anda sendiri tidak pernah melihatnya iaitu cara ia berjalan. Haiwan ini akan berjalan mengangkat kedua tangan dihadapannya dan hanya menggunakan kaki sahaja. Uniknya ia seolah-olah berjalan sambil memikirkan sesuatu. Jom kita lihat video di bawah.
Umum mengetahui bahawa haiwan ini sering menjadi mangsa perdagangan individu yang tidak bertanggungjawab. Hal ini demikian kerana bagi sesetengah negara yang memakan daging haiwan ini dianggap sebagai makanan eksotik manakala sisiknya pula digunakan dalam ubat-ubatan tradisional.
Sumber: Nature & Animals