SEKURANG-kurangnya empat mangsa terkorban dan 29 lagi belum dijumpai dalam nahas runtuhan hotel fasiliti kuarantin Coronavirus (COVID-19) di Quanzhou, Fujian, China semalam.
Usaha mencari mangsa oleh pasukan penyelamat di sebalik runtuhan bangunan Hotel Xinjia lima tingkat itu masih diteruskan.

“Kira-kira 71 mangsa terperangkap, 38 daripadanya sudah diselamatkan,” kata menteri pengurusan kecemasan.
Bagaimanapun, punca runtuhan tersebut masih belum dapat dikenal pasti.
Tragedi runtuhan tersebut berlaku semalam pada pukul 7.30 malam waktu tempatan (11.30 GMT).

Media negara China menyatakan bahawa hotel tersebut digunakan sebagai fasiliti kuarantin bagi orang yang ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
Pemilik hotel dipercayai telah disaman oleh pihak berkuasa, menurut laporan media tempatan.
Sumber: BBC, China Daily, Global Times