(Video) “..Hanya Bayangan..,” Berangan Beli Ayah Aiskrim Sempena Hari Bapa, Ini Rupanya Kisah Sebenar

Edayu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Besar sungguh pergorbanan seorang ayah bak kata pepatah “kasihbnya ibu ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa.” Itulah bait kata mutiara yang digunakan sepanjang zaman.

Sebagai seorang anak, hargailah jasa dan pengorbanan ibu bapa, pastinya mereka tahu bilakah sambutan Hari Bapa. Tak salah kalau kita menyambut Hari Bapa dan Ibu ini, kerana ia sudah menjadi adat resam dalam masyarakat kita.

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang kehilangan seorang ayah? Mesti sangat perit kan, hanya kenangan terindah bersama ayah sahaja dapat mengubati rasa rindu itu.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Bro Safuan ini tentang arwah ayahnya sangat memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai. Rata-rata orang yang menonton video ini sebak dan ada yang menangis.

Menurutnya, video ini dibuat bukanlah dirakam pada Hari Bapa bahkan ia hanyalah satu bayangannya sahaja tentang arwah ayah tercinta.

“Bagi yang tertanya, abah meninggal sebab sakit jantung dan video ini bukan dirakam, pada hari bapa. Jalan cerita adalah bayangan saya semata-mata…”

“Jarang-jarang aku nangis tengok video tiktok”

“Memula senyum, then suddenly sebak”

“I feel u…”

“memang sakit rindu orang yang takde”

Sumber: Bro Safuan