Tular berkenaan satu video yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang hampir kemalangan membantu seorang lelaki mengangkat pagar rumahnya yang secara tiba-tiba tercabut.
Video tersebut bermula dengan seorang lelaki yang dipercayai mahu menutup pagar rumahnya. Secara tiba-tiba, pagar rumahnya itu telah tercabut.
Hasil daripada itu, seorang penunggang motosikal yang melalui jalan di hadapan rumah lelaki tersebut hampir kemalangan kerana ingin mengelak pagar berkenaan.
Namun begitu, tindakan murni penunggang motosikal yang tidak mementingkan dirinya itu telah meraih pujian ramai.
Penunggang motosikal yang sepatutnya berhak untuk berasa marah kepada lelaki itu kerana telah mengakibatkan motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan boleh mendatangkan kecederaan kepadanya telah meletakkan motosikalnya di tepi dan membantu lelaki tersebut.
Video itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 460 ribu kali.
Warganet yang menonton video tersebut berasa terharu dan memuji tindakan penunggang motosikal itu.






Sumber: makassar_iinfo
Dapat Hadiah Percuma Sampai RM598, Ni Antara ‘Laptop’ Terbaik Tahun 2021 Bateri Tahan Sampai 19 Jam