Tular satu rakaman yang memaparkan seekor harimau bagaikan terpinga-pinga apabila mangsanya si itik menghilangkan diri secara tiba-tiba. Perkara itu berlaku ketika Pak Belang itu sudah semakin dekat dan hampir-hampir dapat menerkam haiwan tersebut.
Namun, haiwan garang itu bagaikan tercari-cari itik yang menjadi sasarannya itu setelah ianya tidak kelihatan dalam sekelip mata sahaja.
Walau bagaimanapun, itik tersebut dilihat kembali muncul di permukaan air di belakang harimau tersebut. Rupa-rupanya itik itu menggunakan helah menenggelamkan diri ke dalam air untuk ‘menyorok’ dari serangan harimau.
Setelah keadaan selamat, ia muncul di belakang haiwan tersebut dan beransur pergi.
Rakaman tersebut telah menarik perhatian ramai orang yang nyatanya rata-rata terhibur dengan helah oleh itik tersebut. Sekurang-kurangnya, ia dapat menyelamatkan dirinya daripada menjadi santapan sang belang.
Sumber: Nature & Animals