Memiliki cahaya mata sendiri merupakan impian bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Kurniaan yang tidak ternilai ini merupakan rezeki oleh Allah kerana tidak semuanya berpeluang untuk bergelar ayah dan ibu walaupun telah lama menanti.
Namun, perkongsian video oleh seorang doktor, mengundang rasa sebak siapa pun yang menontonnya. Sepasang suami isteri menangis terharu setelah doktor memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama.
Apa yang lebih menyentuh perasaan, mereka telah menunggu selama 12 tahun untuk mendengar berita gembira yang ditunggu-tunggu sekian lama.
Melalui video di laman Instagram drthoka, pasangan yang datang daripada Brunei itu, dilihat tidak dapat menahan sebak setelah diberitahu mengenai berita gembira tersebut.
Suami kepada wanita itu kemudiannya dilihat bangun dan memeluk serta mengucup dahi isterinya sebelum melakukan sujud syukur.
Kedaan itu turut membuatkan doktor yang dikenali sebagai Dr. Thoka Muhammad, mengalirkan air mata.




Sumber : Instagram drthokha