Tular satu rakaman video yang menunjukkan Gunung Merapi di Jawa Tengah sedang melepaskan abu panas tular di media sosial. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan asap tebal telah menutupi kawasan gunung tersebut.
Menurut laporan daripada Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida dalam satu kenyataan di Twitter, kejadian Gunung Merapi memuntahkan abu panas setinggi 2,000 meter ke arah barat daya dan berlaku pada 10.18 waktu Indonesia Barat.
Katanya lagi, ketika letusan berlaku, angin di gunung berarak ke arah timur. Letusan berlaku pada amplitud 27 milimeter dan berdurasi selama 158 saat.
Jelasnya, sekiranya berlaku letupan, lava yang panas boleh mengalir hingga 3 kilometer dari puncak.
Sumber: Kompas, Merapi uncover