Gambar: TikTok @danshaba

(Video) Guna Sabun Basuh Pinggan Dan ‘Baking Soda’ Je, Sinki Jadi Berkilat Macam Baru Beli

Eyla Azri

Dapur antara tempat dalam rumah yang perlu sentiasa bersih sebab kat situ lah tempat kita sediakan makanan. Namun ada juga sesetengah orang mempunyai tabiat biarkan sisa makanan dalam sinki lepas basuh pinggan.

Hal inilah yang menjadi punca ada kotoran degil pada sinki. Nak bersihkan pun agak susah bila dah lama sangat kotoran-kotoran tu melekat pada sinki dapur.

Penjagaan kebersihan sinki sebenarnya adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Sinki dapur yang kotor bukan sahaja menjadi tempat pembiakan bakteria, malah ia juga mencacatkan pemandangan dapur.

Kalau sinki korang pun ada kesan kotoran yang berselaput dan susah nak tanggal, masih belum terlambat lagi untuk bersihkan.

Video yang diunggah melalui akaun TikTok @danshaba ini menunjukkan cara-cara untuk bersihkan sinki sampai berkilat, dengan hanya guna dua bahan sahaja.

Video ini mendapat 4.8 juta tontonan di TikTok setakat ini.

Sumber: TikTok @danshaba