
Meti ramai daripada kita yang pernah main kiub rubik kan. Bongkah kiub warna warni yang perlu disusun ikut warna ni sangat mencabar minda. Siapa yang boleh susun dalam masa singkat tu kira powerlah.
Kiub rubik ni kalau bagi kita hanya sebuah permainan menguji minda. Tapi lain pulak di tangan orang berseni ni.
Melalui sebuah video yang diunggah di akaun TikToknya, Zabli Ab Hadi menunjukkan proses menghasilkan potret penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Kalau selalu kita tengok orang hasilkan potret dengan lukisan tapi karya Zabli ni memang lain daripada yang lain. Potret yang dihasilkan Zabli ini menggunakan susunan kiub rubik.
Video ini mendapat 1 juta tontonan di TikTok setakat ini.
Kata Zabli dalam video tersebut, dia menggunakan 796 kiub rubik untuk menghasilkan potret Tok Ti ni dan mengambil masa tiga hingga empat jam je untuk siapkan.
Tambah Zabli, dia menghasilkan potret penyanyi nombor satu negara itu sebagai bentuk maklumbalas kepada komen Tok Ti di laman Instagram.
Video Zabli sebelumnya juga pernah tular apabila dia menghasilkan potret pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu bersama arwah isterinya Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Di ruangan komen, warga net rata-rata terpegun dengan hasil kreativiti Zabidi. Mana taknya, kalau kita nak samakan warna kiub rubik ni pun makan masa berjam-jam, Zabidi siap boleh buat potret lagi dengan kiub rubik sebanyak tu. Hebat betul!





Sumber: Zabli Ab Hadi