
Sejak akhir-akhir ini, macam-macam tragedi yang menimpa rakyat Malaysia. Baru-baru ini terdapat rumah yang sengaja dibakar oleh seorang lelaki yang didakwa kurang siuman.
Begitulah tragedi sebegini kerap berlaku, sama ada niat kita sengaja untuk membakar kerana terlalu marah atau mungkin ia adalah kecuaian kita sendiri.
Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di Tiktok oleh Mazlan Omar, menunjukkan sebuah gerai tepi jalan yang terbakar. Menurut sumber, ia adalah sebuah gerai yang menjual hidangan dari utara, Laksa Ikan Sekoq.
Menurut sumber, melalui video tersebut, kejadian kebakaran gerai itu bermula dengan tong gas yang mengeluarkan api yang marak. Bomba juga kelihatan tiba tidak lama selepas itu.
Untuk gambaran yang, boleh tonton video yang kami selitkan di bawah.
Sumber: Tiktok Mazlan Omar