
Pihak perubatan China telah mengumumkan beberapa orang pesakit sudah mula dikeluarkan daripada wad kuarantin kerana berjaya melawan penyakit Koronavirus ini.
Menurut video yang mula tular di media sosial beberapa hari lalu menunjukkan beberapa pesakit pulih daripada Koronavirus ini. Laporan perubatan China mengatakan bahawa ramai di antara mereka menerima rawatan untuk radang paru-paru Koronavirus berkesan.
Bagaimanapun, pesakit yang mula dikeluarkan dari wad tersebut diminta untuk berehat di rumah dan menghubungi pihak doktor dengan segera jika keadaan mereka berubah.
Sumber: Quick Take