Comel dan menghiburkan. Di sebalik gambaran menakutkan haiwan liar bernama beruang ini, ternyata ia mempunyai sisi comel yang menghiburkan.
Dalam video dikongsikan Daily Mail, seekor beruang dipercayai jenis grizzly dilihat meniarap di dalam air dengan postur kaki yang dilunjurkan ke belakang.
Beruang itu kemudiannya menyelamkan sedikit mulut dan hidungnya ke dalam air dan menghembus nafas.
Hasilnya, muncul buih-buih di permukaan air lumpur berkenaan. Kelihatan beruang comel ini berulang kali mengubah kedudukan sambil terus melakukan ‘eksperimen’ tersebut.
Jom tonton videonya di bawah.
Sumber: Daily Mail