Albinisme atau lebih dikenali sebagai albino merupakan penyakit yang berpunca daripada kelainan genetik yang ditandai dengan berkurangnya produksi melanin pigmen yang memberi warna pada kulit, rambut dan mata sepenuhnya atau sebagian. Bukan sahaja berlaku kepada manusia, haiwan juga ada yang mempunyai penyakit albino ini.
Di Los Angeles, terdapat salah satu aligator albino kecil betina berwarna putih di sebuah zoo yang telah menarik perhatian ramai. Aligator kecil betina yang menghidap penyakit albino itu menarik perhatian ramai apabila ianya kelihatan ‘tersenyum’ sejurus tubuhnya digosok dengan menggunakan sebatang berus gigi. Kejadian itu dilakukan oleh seorang wanita di sebuah zoo di California, Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan, individu yang menggosok aligator tersebut menggunakan berus gigi tersebut adalah Juliette Brewer. Beliau merupakan anak perempuan kepada pemilik Zoo Reptilia, Fountain Valley di Mukim Orange, California.
Aligator kecil yang diberikan nama Coconut itu merupakan seekor daripada 200 binatang yang menghidap penyakit albino di seluruh dunia. Menurut satu rakaman video, Brewer ditugaskan untuk membesarkan reptilia itu dengan memandikan dan memberus tubuh haiwan albino tersebut.
Untuk pengetahuan, aligator albino akan menetas dari telurnya dalam keadaan berwarna putih. Kejadian ini menunjukkan bahawa aligator tersebut mempunyai penyakit albino akibat kekurangan zat pewarna atau tidak mempunyai pigmen melanin.
Alligator albino sering menjadi mangsa binatang lain disebabkan oleh tubuhnya yang berwarna putih. Oleh kerana warnanya yang terang itu, dirinya tidak dapat bersembunyi atau menyesuaikan tubuhnya dengan warna sekelilingnya.
Sumber: NetVids