Susulan perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ yang berlangsung sejak pagi tadi, dilaporkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah tiba di kawasan LRT Bangsar.
Menurut laporan Astro Awani, peserta dikatakan semakin ramai sejak dan dipantau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas.
Pun begitu, tiada insiden tidak diingini dilaporkan setakat perhimpunan tersebut bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.
Para peserta dilihat berarak sambil memalu gendang dan bersorak, namun tiada provokasi berlaku sepanjang perhimpunan. Peserta juga dikatakan akan berarak ke Brickfields.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Astro Awani