Kredit: ABC News Australia/Chris Tangey

(Video) Fenomena ‘Firenado’ Ganas Di Australia, Setiap Laluannya Musnah Dijilat Api

Amira

Fenomena alam boleh menjadi amat berbahaya dan menakutkan terutamanya apabila ia berlaku dalam keadaan di luar jangkaan.

Dalam kebakaran belukar di Australia, seorang bomba dilaporkan maut apabila trak yang dinaikinya terbalik akibat dibadai puting beliung api ketika menjalankan tugas.

Samuel McPaul, 28 terkorban setelah traknya terbalik dalam kebakaran Green Valley di Jingellic, 70 kilometer timur Albury berhampiran sempadan New South Wales (NSW) dan Victoria.

Menurut Pengurus Rural Fire Service (RFS) NSW, Superitendan Patrick Westwood, Samuel merupakan seorang yang terlatih dalam situasi genting dan salah seorang yang terbaik antara mereka.

Beliau melakukan tugasannya dengan baik ketika tragedi melanda pada 30 Disember lalu.

Mangsa bersama pasukannya sedang mengumpul anak kuda yang terkurung di dalam kandang.

“Kru berkenaan mengambil keputusan untuk beredar daripada kawasan tersebut namun tanpa dijangka, secara tiba-tiba, mereka menghadapi angin dahsyat yang hanya boleh dihuraikan sebagai puting beliung api yang mengangkat belakang trak mereka.

“Ia menerbalikkan kenderaan itu dan memerangkap tiga kru berkenaan. Malangnya, salah seorang daripada mereka maut,” ujarnya.

Kredit: ABC

Lebih menyedihkan, Samuel meninggalkan isteri yang hamil anak sulung mereka dan dijangka melahirkan pada 4 Mei akan datang. Lantaran itu, orang ramai mengumpul dana buat Samuel serta dua lagi anggota bomba yang terkorban sepanjang kebakaran itu.

Puting beliung/tornado api

Ya, api boleh berpintal. Secara asasnya, ia wujud dalam tiga bentuk iaitu,

  • Pusaran api – Ia muncul di permukaan bumi tapi boleh berpusar hingga ratusan meter di udara

  • Tornado yang dihasilkan oleh api – Lebih kuat dari pusaran api. Ia terbentuk ketika kebakaran dan dikenali dengan firenadoes.

  • Ribut petir belukar supersel – pusaran api yang paling besar dan paling bahaya apabila keseluruhan ribut petir belukar berpusar.

“Kita tahu pusaran api wujud, ia boleh mencapai ratusan meter tinggi,” ujar Nick McCarthy dari Universiti Queensland.

“Tapi ia tidak mendatangkan kerisauan sepertimana seluruh kebakaran dan berpotensi ribut petir, mula berputar.”

Ribut petir supersel (ribut yang berputar) boleh menyebabkan kerosakan yang dahsyat.

Tambahnya lagi, ribut petir akan menjadi lebih cekap apabila ia berputar. Putaran merupakan cara yang cekap untuk memindahkan haba dan tenaga.

Apabila ia muncul di atas api, kesannya akan menjadi amat dahsyat.

“Ia akan menyebabkan tindak balas kebakaran yang cepat dan secara tiba-tiba banyak lagi bahan bakar boleh dicapai api yang berputar itu serta mengakibatkan impak yang memusnahkan,” tambahnya.

Lebih memburukkan kenderaan, ribut itu tidak bermakna ia sekadar ribut. Ia juga boleh menjadi kombinasi ribut petir belukar supersel, puting beliung (tornado) api dan pusaran api pada masa yang sama.

Firenado

Firenado di Pulau Kangaroo

Firenado yang direkodkan pada 2013

Sumber: ABC, 7News